Thursday, April 14, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.   Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday, January 2, 2011

3.1.2011 INTRA

Pada pukul 6.30 pagi,aku bangu daripada tidurku. Terasa masih ngatuk,tp apakan dayaku..Ini adalah hari pertama aku nak pratikal(siapa suruh tidur lambat hahaha)..jadi kenela jaga aku punya disiplin dan sikap aku yang selalu datang lambat semasa di kampus atau masa kuliah pada sem2 lepas..selepas aku bangu dari tidurku,aku pun terus mengabil tuala dan cepat-cepat untuk mandi..selesai saja aku mandi, aku pun minum la sedikit air yang mak aku da buat.selepas minum aku pun mengabil beg dan kunci moto untuk panaskan enjin moto..selepas siap pakai kasut aku pun memulakan perjalananku ke destinasi yang hendak di tunjuk.. Destinasi apa ni? Destinasi tempat pratikal aku la..mana lagi...yang mana satu ni?ala..TRW Lucas Automotive la..kat mana tempat tu? dekat je..dekat mana? dekat dengan airport senai la(dekat la sangat,30 minit barula sampai)..ooh..yang tu..sampai je aku kat kilang tu..aku pun memberi salam kepada pakcik jaga kilang tu..lepas tu akumula la tanya pakcik jaga yang ada kat podok mengenai kedatangan aku ke situ(ceh..ayat nak kedatangan la pulak,skema betul)..saya datang ni nak mula pratikal di kilang ni..pak cik tu pun jawabla soalan aku tadi..oh,nak pratikal ye..hari ni tak dapatla dik,adik datang hari esok..sebab hari ni kilang cuti..aku terkejut sementara waktu..cuti apa pulak hari ni(aku bercakap seorang diri)..aku pun tanya la balik..ada cuti apa pak cik? pakcik tu pun jawabla cuti sukan yang hari tu..cuti sukan aku tanya pak cik tu lagi..a'ah, pakcik tu menjawab..lepas tu aku pun tanyala macam mana dengan pratikal...pakcik suruh balik dan datang balik hari esoknya..sebelum balik dia suruh aku meninggalkan nombor telefon dan nama..dalam hati aku gembira kerana dapat sambung tidur..hahaha
blogku yg kosong...ade sape2 ley bg idea x nk tulis pape???